Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak


Kepada semua umat Islam seluruh dunia, Azzatie Intan Suraya Bt Zamani mengucapkan selamat berpuasa... Mohon maaf sekiranya sepanjang hidup/tahun ini ada silap salah, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf terutamanya kepada kedua ibu bapa saya, adik adik saya, kakak2 saya, abang2 saya, kawan2 di pejabat, di UTM, di SMK Sultan Omar, Mohammad Fadzil dan sesiapa sahaja yang mengenali saya. Selamat berpuasa saya ucapkan..Semoga puasa tahun ini menjadi puasa yang penuh kenikmatan dan keberkatan kepada kita semua..

Puasa tahun ni sangat istimewa bagi saya, sebab puasa tahun ni adalah puasa terakhir saya bergelar 'cik'..heheheh..tahun depan dah berpuasa dgn suami tercinta Insya Allah..Korang doakanlah moga2 xde aral melintang.. Nak bina masjid ni bukan perkara senang, banyak cabaran.. Raya tahun ni meriahlah sebab sume adik beradik saya akan berkumpul di rumah mak di Terengganu.. Tahun lepas dah beraya di rumah suami/isteri masing2, tahun ni beraya kat teratak bonda tercinta lah pulak..Bestnyerr...Sbb tu raya tahun ni sangat istimewa... Dan raya tahun ni adalah projek2 khas saya ngan Fadzil, sbb kitorg dah rancang nak buat kuih raya, dah ada oven tu Faber tu oklah..besar plak oven tuh, 3.2 liter..

Untuk raya tahun depan, saya mengharap ciuman di pipi kiri dan kanan di pagi raya dari suami tercinta..Tu je..Xnak apa2 dah..tapi kalau pakej sekali ngan duit raya ok jgak..ekekekeke..

Akhir kata, selamat bersahur, selamat menahan diri dari perkara2 membatalkan puasa, selamat berbuka dan selamat berterawikh...

Psst: kalau korang perasan, post kali ni 100% Bahasa Melayu..susah jugak nak taip ni..

0 comments: